Tanda-tanda Kanser - Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser merupakan salah satu daripada penyakit yang berada dalam kategori kronik, ia mempunyai kemampuan untuk menyerang dan memusnahkan tisu badan yang normal dan ia menduduki tempat kedua penyebab kematian di seluruh dunia, oleh sebab itu adalah amat penting untuk seseorang itu membuat pemeriksaan kesihatan jika tahap kesihatan dirasakan kurang memuaskan. Kanser tidak mengira usia, jantina, pangkat atau keturunan, apabila ia menyerang semuanya tidak memberi sebarang manfaat, hanya kekuatan diri dan ubat-ubatan yang bersesuaian sahaja yang dapat membantu mengurangkan simptom penyakit nombor dua dunia ini. Kanser dapat dirawat semasa ia masih lagi kecil dan jinak, namun menjadi semakin sukar untuk diubati apabila telah memasuki fasa merebak (tahap 3 keatas).

Tanda-tanda kanser
Tanda-tanda kanser yang perlu diberi perhatian adalah tanda yang muncul pada awal serangan, contohnya seperti ketulan pada payudara, ini kerana disebabkan tanda begini kanser yang ada dapat dirawat dengan lebih awal berbanding kanser yang sudah membesar. Rawatan dan pengesanan kanser pada peringkat awal dapat meningkatkan peluang untuk pesakit sembuh berbanding rawatan yang diterima pada tahap sudah merebak. Salah satu daripada tanda yang perlu diberi perhatian adalah penurunan berat badan tanpa sebab, ia berkemungkinan besar adalah petanda kanser yang pertama.


Keladi tikus ubat kanser - Utusan Malaysia, arkib negara 17/8/1998 Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Kanser tidak akan menunjukkan sebarang gejala semasa ianya masih kecil, dan sebilangan kanser hanya menyerang kumpulan usia tertentu sahaja. Antara tanda-tanda kanser yang biasanya terjadi kepada pesakit adalah:

  • Batuk perterusan dengan kahak atau air liur mengandungi darah - gejala ini biasanya terjadi disebabkan oleh barah paru-paru, kepala atau leher. Adalah perlu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan jika batuk lebih dari sebulan yang disertakan dengan lendir, kahak atau air liur berdarah.

  • Berlaku perubahan di dalam tabiat membuang air besar - barah boleh menyebabkan perubahan di dalam tabiat pembuangan air besar seseorang, ianya mungkin cirit birit yang berterusan, najis menjadi nipis atau najis beserta dengan darah. Sebahagian pesakit juga merasakan perut tidak kosong sepenuhnya walaupun selepas membuang air besar.

  • Ketulan pada payudara - Sebilangan besar benjolan yang terjadi di sekitar payudara merupakan tumor bukan kanser seperti fibroadenoma atau sista namun, kaedah yang terbaik bagi mengesahkan jenis ketumbuhan yang ada adalah dengan membuat pemeriksaan di hospital, doktor akan mengambil sampel sel ketumbuhan untuk didiagnos, dari situlah keputusan rasmi akan diketahui.

  • Keletihan - keletihan ini bukanlah keletihan selepas melakukan pekerjaan yang berat atau selepas bermain, ia merupakan keletihan yang berpanjangan walaupun selepas rehat, keletihan yang berterusan ini boleh menjadi petanda awal barah. Kanser menggunakan nutrisi daripada badan untuk tumbuh dan berkembang, oleh yang demikian nutrisi sudah tidak lagi mengisi badan anda, kecurian nutrisi inilah yang membuatkan badan merasa sangat letih.

  • Demam - bukan demam yang biasa, demam disebabkan kanser ini mempunyai beberapa kreteria yang boleh diberi perhatian, antaranya adalah demam dan berpeluh pada waktu malam.

  • Perubahan pada kulit - kulit menguning tanpa sebarang sebab atau perubahan pada tahi lalat, sebagai contoh tahi lalat yang mempunyai permukaan yang tidak sekata atau mempunyai bahagian tepi yang bergerigi, bertukar warna atau semakin gelap, berkembang atau semakin membesar.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser tersebut akan merebak, dan apabila sudah mencapai tahap itu, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Makluman
Bagi mendapatkan kesan yang paling optimum dan menyeluruh, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Biji Aprikot sahaja (keluaran asli mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak), dapatkan keluaran asli melalui baner di bawah atau klik di sini - STF keladi tikus (klik)

Back to content