Kanser hidung, yang turut dikenali dengan barah nasofaring, merupakan kanser yang terjadi apabila sel-sel yang melapisi nasofaring - kawasan di belakang hidung menjadi barah. Secara umumnya, kanser hidung biasanya lebih kerap menyerang lelaki berbanding wanita dan biasanya berlaku pada mereka yang berusia antara 35 ke 55 tahun. Mereka yang mempunyai keturunan kanser hidung biasanya akan lebih terdedah kepada serangan kanser ini disebabkan oleh faktor genetik.
Tanda dan gejala
Kanser hidung, sama seperti kanser lain, mempunyai beberapa tanda, namun untuk mendapatkan pengesahan yang kukuh, pemeriksaan perlulah dibuat di hospital. Antara tanda-tanda awal kanser hidung adalah:
- Terdapat benjolan yang tidak menyakitkan pada hidung atau sekitar leher.
- Terdapat halangan pada saluran hidung, seakan tersumbat.
- Pendarahan hidung yang kerap.
- Kahak yang mengandungi darah.
- Masalah kurang atau kehilangan pendengaran, deringan di telinga.
- Kesukaran bernafas, bercakap atau menelan.
- Sakit pada telinga.
- Sakit kepala yang kerap.
- Penglihatan yang kabur.
- Sakit tekak yang berpanjangan.
- Suara yang serak dan sukar menelan.
- Keletihan dan penurunan berat badan tanpa sebab.

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
Kanser hidung merupakan sejenis kanser ganas yang biasanya boleh menjangkiti kawasan di sekelilingnya. Gumpalan pada bahagian leher yang tidak menyakitkan merupakan simptom biasa kanser jenis ini. Dianggarkan 75% kes barah hidung yang didiagnos mempunyai benjolan yang tidak menyakitkan pada bahagian leher
Penyebab
Selain daripada kerosakan DNA, antara punca utama kanser hidung adalah:
- Habuk - samada dari tepung, bahan kimia atau habuk kayu.
- Merokok - selain kanser hidung, tabiat merokok juga mampu meningkatkan risiko serangan kanser jenis lain seperti paru-paru dan kanser perut.
- Human Papilloa Virus (PHV) - jarang namun pernah berlaku - virus ini dapat meningkatkan peluang seseorang untuk mendapat barah hidung atau rongga mulut.
Kanser hidung menyumbang kepada 1% kes awal, namun kanser ini mampu merebak (metastasis) dan menjangkiti organ yang lain yang boleh menyebabkan kewujudan kanser baru di dalam badan. Terdapat beberapa jenis kanser berpunca daripada hidung, antaranya adalah:
- Karsinoma sel skuamosa
- Karsinoma sista adenoid
- Adenokarsinoma
- Esthesioneuro-blastoma
- Karsinoma neuro-endoktrin
- Melanoma
- Karsinoma mucoepidermoid
- Semua jenis sarkoma
Pengesanan kanser hidung sangat sukar, ianya mungkin tidak dapat dijumpai semasa pembedahan jika tidak ada aduan dibuat oleh pesakit kerana ianya tidak begitu menonjol dan biasanya kelihatan sama seperti sel normal yang lain. Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.