Kanser tahap 4 merupakan pengkelasan kanser dengan kedudukan yang paling tinggi, ia biasanya memiliki kemampuan untuk menyerang (metastasis) organ lain, kebarangkalian untuk sembuh daripada kanser tahap 4 adalah hampir mustahil namun masih ada beberapa kaedah yang dapat digunakan bagi memperlahankan perkembangannya. Terdapat pesakit yang mampu untuk hidup bertahun-tahun walaupun mengidap kanser tahap 4, walaupun dengan prognosis yang kurang baik namun kejayaan ini dilihat membuka satu ruang bagi mencapai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, walaupun selepas rawatan. Rawatan bagi kanser tahap 4 pula bergantung kepada jenis, susunan genetik, sejauh mana ianya merebak dan beberapa faktor utama yang lain.
Klinikal dan patologi
Terdapat beberapa pengkelasan kanser yang biasanya digunakan, antaranya adalah pementasan melalui ujian klinikal dan juga patologi. Ujian klinikal adalah ujian yang dibuat sebelum pembedahan dijalankan, yang merangkumi pemeriksaan fizikal dan juga imbasan (scan) manakala pementasan patologi pula adalah berdasarkan apa yang dijumpai semasa operasi. Ujian klinikal sering ditanda dengan huruf "c" manakala patologi pula ditanda dengan huruf "p". Secara umum, pementasan patologi memberi lebih maklumat kepada doktor bagi menentukan prognosis pesakit.

Keluarga memainkan peranan penting bagi pesakit untuk mendapatkan sokongan moral bagi melawan penyakit yang ada.
Diagnosis
Pengkelasan kanser secara rasminya akan dibuat selepas seseorang pesakit didiagnos, pesakit mungkin akan menjalani beberapa prosedur dan ujian sebelum disahkan tahap kanser yang ada. Kaedah yang digunakan pula mungkin berbeza bergantung kepada jenis serta tahap yang dialami. Terdapat beberapa ujian standard yang biasa digunakan, antaranya adalah:
- Biopsi - Doktor akan memotong sebilangan kecil tumor yang kemudiannya akan dianalisis di bawah mikroskop untuk menentukan jenis barah.
- Ujian imbasan - Kaedah yang digunakan termasuk sinar-X, Imbasan CT, MRI, Ultrasound dan PET scan. Hasil daripada kaedah diagnos jenis ini akan menentukan bahagian tumor sekaligus menentukan apakah kaedah rawatan yang sesuai digunakan bagi merawatnya.
- Ujian makmal - kaedah ini bagi menganalisis protein, cairan tubuh atau sampel tisu biopsi. Penanda tumor dan pemeriksaan genetik sampel tumor dapat membantu doktor memilih rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
- Endoskopi - kaedah ini menggunakan wayar tiub kamera bagi melihat keadaan dalaman pesakit, biasanya digunakan bagii mengesan kanser usus (kolonskopi), bronskopi dan juga laparoskopi.
Rawatan
Adalah perit untuk dinyatakan namun barah tahap 4 tidak dapat disembuhkan, dalam kebanyakan kes, rawatan yang diberikan adalah untuk memanjangkan jangka hayat, ini kerana barah sudah merebak ke seluruh tubuh dan amat mustahil bagi doktor untuk merawat penyakit ini walaupun dengan kombinasi pembedahan, kimoterapi mahupun radiasi. Walaubagaimana pun, tidak bermakna tidak ada langsung kaedah yang boleh digunakan bagi merawat kanser tahap 4 ini, jika kanser itu berkembang dalam kuantiti yang kecil, maka ianya masih berpotensi untuk dirawat sekaligus melambatkan perkembangannya.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
Makluman
Bagi mendapatkan kesan yang paling optimum dan menyeluruh, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Biji Aprikot sahaja (keluaran asli mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak), dapatkan keluaran asli yang diiktiraf melalui baner di bawah atau klik di sini - STF keladi tikus (klik)