Kanser Serviks - Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser serviks merupakan sejenis kanser yang terjadi pada serviks wanita yang menghubungkan antara rahim dan vagina. Kanser serviks merupakan kanser jenis ganas (malignan) dan boleh merebak ke bahagian lain di dalam badan seperti paru-paru, hati, pundi kencing, vagina serta rektum. Kebanyakan daripada kanser serviks terjadi akibat daripada jangkitan virus Human Papilloma Virus (HPV). Kanser serviks biasanya tumbuh dengan kadar perlahan, oleh itu pengesanan serta rawatan awal mampu menncegahnya daripada menjadi lebih serius. Melalui pemeriksaan PAP, kadar kematian disebabkan kanser jenis ini telah berjaya dikurangkan.

Faktor risiko
Wanita yang berumur antara 35 ke 44 tahun dilihat mempunyai risko yang tinggi untuk membina kanser serviks di dalam diri mereka, dan lebih daripada 15% kes yang berlaku adalah membabitkan wanita yang berusia lebih dari 65 tahun, ini terjadi terutamanya pada mereka yang tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Gejala
Pada peringkat awal, kanser serviks tidak menunjukkan sebarang gejala, namun ianya akan mula ketara jika ianya berada pada tahap 3 dan keatas. Antara tanda-tanda kanser serviks adalah:

  • Pendarahan pada faraj, terutama selepas melakukan hubungan seksual, antara haid atau selepas menopaus.
  • Keputihan - berair keluar bersama dengan darah yang disertakan dengan bau busuk.
  • Sakit semasa membuang air kecil.


Contoh ilustrasi serangan kanser pada serviks (Tahap 3A, merebak)

Jenis kanser serviks
Doktor akan membuat diagnos dan akan menentukan jenis kanser yang dihadapi oleh pesakit, rawatan juga akan diberikan mengikus kanser yang ada, antaranya adalah:

  • Karsinoma sel skuamosa - kanser serviks jenis ni biasanya akan bermula pada sel-sel nipis dan rata yang melapisi bahagian luar serviks. Kebanyakan daripada kanser serviks merupakan kanser jenis ini.
  • Adenokarsinoma - terjadi pada sel kelenjar yang berbentuk lajur yang melapisi seluran serviks. Ianya terjadi disebabkan oleh perubahan mutasi yang menolak arahan daripada tubuh untuk berhenti membesar. Kanser jenis ini terjadi juga disebabkan oleh virus HPV.

Faktor risiko
Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan serangan kanser serviks di kalangan wanita, antara yang dikenalpasti adalah:

  • Mempunyai ramai pasangan seksual - semakin banyak pasangan seksual anda, maka semakin tinggi risiko untuk anda mendapat kanser serviks. Melakukan seks pada usia muda juga dapat meningkatkan risiko terkena jangkitan virus HPV yang mendorong kepada kanser serviks.
  • Jangkitan kelamin - kanser serviks tidak semestinya terjadi kepada mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual, kanser jenis ini juga dapat terjadi kepada mereka yang terkena jangkitan kelamin daripada pasangan. Penyakit kelamin yang biasanya berjangkit adalah seperti klamidia, gonorea, sifilis atau HIV / AIDS mampu meningkatkan risiko terkenanya HPV yang mendorong kepada kanser serviks.
  • Sistem imun yang lemah - anda mungkin akan lebih cenderung untuk menghidap kanser serviks jika anda mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Merokok - merokok pada kebiasaannya akan mendapat kanser serviks jenis sel skuamosa.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini

Makluman
Bagi mendapatkan kesan yang paling optimum dan menyeluruh, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Biji Aprikot sahaja (keluaran asli mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak), dapatkan STF keluaran asli dan diiktiraf melalui baner di bawah atau klik di sini - STF keladi tikus (klik)

Back to content