Selama bertahun-tahun kita sedang berusaha mencari penawar atau ubat yang dapat merawat kanser, sudah banyak kajian yang dilakukan, termasuklah percabaan ubat-ubat makmal yang baru, namun kesannya masih lagi tidak dapat mencapai peringkat kesembuhan yang memuaskan. Dari segi sejarah, barah dilihat sebagai penyakit tunggal yang memerlukan rawatan khusus, namun selepas bertahun-tahun presepsi ini telah berubah, dan hari ini ianya telah diterima sebagai salah satu daripada penyakit yang memerlukan strategi diagnostik yang pantas bagi menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian, sekurang-kurangnya kaedah rawatan yang dicadangkan dapat memanjangkan hayat pesakit walaupun tidak dapat merawat sepenuhnya.
Hakikatnya ramai yang telah tewas, samada secara langsung mahupun tidak terhadap penyakit ini, statistik menunjukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia turut berdepan dengan permasalahan yang sama, jadi tidak adakah satu jalan penyelesaian bagi mengurangkan angka kematian akibat kanser ini? jika ya, kenapa kita masih lagi berdepan dengan kes kematian yang tinggi saban tahun? jawapannya ada pada alam semulajadi yang kita sendiri menafikan keberkesanannya, penolakan terhadap bahan semulajadi menyebabkan ramai yang meninggal dunia tanpa berpeluang untuk menggunakannya.

Semoga roh almarhumah ditempatkan bersama dengan golongan yang mendapat rahmatNya, amin.
Rawatan pelengkap
Istilah rawatan pelengkap bukanlah satu istilah yang baru di dalam dunia perubatan, ia boleh hadir di dalam pelbagai bentuk, samada bentuk sokongan seperti katil atau kerusi roda atau ubat-ubatan lain yang berasaskan sumber berbeza. Penelitian terhadap penggunaan rawatan pelengkap adalah amat memberangsangkan, ia disusuli dengan pelbagai kejayaan selepas penggunaan yang pada akhirnya, mampu mengurangkan simptom penyakit, walaupun penggunaannya adalah terhad namun ianya berpotensi menyokong rawatan sedia ada tanpa perlu membabitkan fasiliti serta jumlah kos yang besar dan mahal. Rawatan pelengkap berasaskan kajian (evidence based) ini semakin diterima oleh masyarakat di Amerika Syarikat dan Eropah seiring dengan rawatan konvensional.
Berasaskan bio perubatan
Herba keladi tikus, yang juga dikenali dengan Typhonium Flagelliforme, merupakan tumbuhan asal Malaysia yang dapat ditemui pada kawasan lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Tumbuh pada atas 1000 kaki dari permukaan laut, herba utama ini telah disahkan mempunyai senyawaan aktif bersifat anti kanser padanya. Kandungan anti kanser yang dikenali dengan Ribosome Inactivating Protein yang dapat dijumpai pada pokok matang, merupakan mekanisma pertahanan semulajadi pokok terhadap ancaman sebelum ianya dikaji dan diketahui dapat merawat kanser dengan sangat efisyen. Kajian berasaskan pendekatan bio perubatan juga telah dilakukan terhadap herba utama ini melibatkan ujian MTT serta teknik pengekstrakan in vitro, di Universiti Putra Malaysia, kajian terhadap herba ini telah mendapat geran khas (No. RUGS91143) menunjukkan potensiti herba ini untuk dijadikan sebagai salah satu daripada kaedah yang mampu membantu mereka yang inginkan rawatan pelengkap yang berkesan.
Tesis: Keladi tikus Malaysia

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, arkib negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia
Penggunaan keladi tikus, pada awal ianya direkodkan pada 200 tahun lalu mempunyai sejarah yang amat berharga pada dunia perubatan, selain digunakan untuk rawatan, data yang terkumpul telah dijadikan sumber rujukan utama, khasnya untuk pencegahan dan juga rawatan kanser. Kaedah kajian, bermula daripada teknik ekstrak sehinggalah kepada ujian MTT (ujian perubahan warna pada metabolisma sel) telah digunakan bagi mengesan bahagian komponen yang mempunyai sebatian anti kanser yang tinggi, hal ini jelas menunjukkan herba besar ini memiliki khasiat semulajadi yang dapat memberi manfaat kepada ramai, terutamanya bagi rawatan kanser pada kesemua peringkat. Rawatan menggunakan keladi tikus ini bukan sahaja dapat membantu melengkapkan proses rawatan malah ia juga mampu melindungi organ yang masih belum dijangkiti tanpa sebarang kesan sampingan yang memudaratkan.
Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian keladi tikus yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:
- Tiada nombor KKM
- Tiada pelekat KKM
- Tiada buku panduan
- Tanpa kotak
- Tiada alamat pengeluar
- Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.
Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner yang telah disediakan di bawah.