Fakta kanser di Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara dengan pelbagai bangsa, ianya terkenal di seluruh dunia melalui kepelbagaian makanan, flora dan fauna serta keramahan penduduknya, namun terdapat juga beberapa perkara yang membabitkan kesihatan yang terlu diketahui umum, antaranya adalah masalah kanser yang menjadi antara masalah utama negara, antaranya adalah:
- Kanser payudara
Pada tahun 2018, terdapat sekitar 2 juta wanita telah didiagnos mengidap kanser payudara, dan statistik ini dilihat akan bertambah kepada dua kali ganda pada 30 tahun akan datang. Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa 1 dari 20 rakyat Malaysia yang mengidap barah payudara adalah disebabkan oleh genetik yang diwarisi. Kanser payudara merupakan penyumbang kematian ke 4 tertinggi di kalangan kes kanser di Malaysia. Kadar kelangsungan hidup kanser payudara pada tahap 1 dan 2 adalah 58% dan 53%, manakala tahap 3 dan 4 pula adalah 39% dan 20%.
Barah payudara dan kolorektal merupakan antara peningkatan kes kanser di Malaysia yang sangat ketara dari tahun 2007 ke 2011.
- Kanser ovari
Kanser ovari mungkin merupakan kanser yang kurang menyerang wanita di Malaysia namun ia merupakan kanser yang biasanya berakhir dengan kematian kerana lambat dikesan selain tidak ada alat yang efektif untuk memeriksanya.
- 60% kes kanser di Malaysia lewat dikesan
Pengesanan awal kanser sebelum ianya berkembang dan menjadi terlalu besar adalah penting, kanser yang sudah membesar dan merebak boleh menyebabkan rawatan menjadi semakin sukar dan secara amnya boleh menyebabkan peluang seseorang itu untuk hidup lebih panjang menjadi lebih rendah.

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
- Barah menyerang 1/4 rakyat Malaysia
Mengikut statistik, 1 daripada 4 rakyat Malaysia akan mengidap barah, mereka yang berumur 75 tahun dan keatas dilihat lebih terdedah kepada permasalahan ini. Menurut KKM, pada tahun 2014, 19,000 dari 100,000 populasi orang di Malaysia menderita barah, dengan lebih separuh daripadanya adalah wanita.
10 barah tertinggi di Malaysia
Antara 10 kes barah tertinggi di Malaysia dari tahun 2012 hingga ke 2016 adalah:
- Barah payudara
- Kolorektal (kolon)
- Kanser paru-paru
- Limfoma
- Nasofaring (hidung)
- Leukemia
- Kanser prostat
- Kanser hati
- Barah rahim
- Kanser ovari
Antara tahun 2012 hingga 2016, kaum Cina di Malaysia paling kerap dikesan diserang barah, diikuti dengan Melayu dan India. Barah yang kerap menyerang lelaki di Malaysia adalah kanser usus, paru-paru dan prostat, manakala bagi wanita pula adalah barah payudara, usus dan serviks.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang boleh membawa maut ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap tersebut, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.