Penyebab Kanser - Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Makanan mencegah kanser
terdapat beberapa cadangan tentang makanan yang dapat mencegah daripada serangan kanser, antaranya adalah dengan mengamalkan makan sayur-sayuran yang tertentu, namun ianya juga sering berkait rapat dengan gaya hidup juga, contohnya senaman dan beberapa aktiviti fizikal yang sihat. Berikut adalah antara garis panduan makanan untuk pencegahan kanser:

Makan lebih banyak makanan yang berasaskan tumbuhan.
Makanan berasaskan tumbuhan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang. Makanan ini merupakan sumber vitamin dan mineral asli yang mempunyai kesan pelindungan barah, pengambilan makanan jenis ini juga mampu memberikan serat yang dapat melindungi barah kolorektal. Sebilangan besar makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dalam bentuk semulajadi lebih rendah kalori berbanding makanan yang lain. Makanan berasaskan tumbuhan ini dapat memenuhi keperluan nutrien harian anda, selain dapat menghilangkan rasa lapar ianya juga dapat mengekalkan kesihatan dan berat badan yang ideal. Jadikan makanan berasaskan tumbuhan sebagai makanan ringan anda.

Tabiat pemakanan yang salah seperti makan terlalu banyak daging merah, alkohol, makanan bergoreng, banyak gula dan garam, makanan berlemak dapat menyebabkan serangan bebeapa jenis kanser premier.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini

Pengamblan sayur-sayuran serta buah-buahan dari pelbagai jenis warna, termasuk hijau dan oren setiap hari tanpa garam dan gula dilihat menjadi salah satu daripada kaedah yang terbaik bagi mencegah kanser, elakkan daripada meminum jus buah dari dalam kotak kerana ianya mengandungi kandungan gula tambahan  yang sangat tinggi. Jika anda berkemampuan, ganti sumber protein daripada daging atau ayam kepada kekacang atau tauhu, ianya adalah lebih baik. Makanan yang tinggi kandungan gula dan garam akan membekalkan banyak kalori yang tidak diperlukan oleh tubuh, dan apabila ianya diambil setiap hari, ini akan meningkatkan kenaikan berat badan yang boleh menyebabkan risiko serangan barah. Antara makanan yang perlu dielakkan atau sekurang-kurangnya dihadkan pengambilan adalah:

  • Mi segera (sebarang jenama)
  • Pizza dari restoran atau jenis segera (sejuk beku)
  • Makanan bergoreng seperti kentang goreng, ayam goreng dan burger.
  • Makanan yang tinggi gula seperti kek, biskut, muffin, donat, croissant dan beberapa jenis pastri lain.
  • Makanan ringan (jajan) seperti kerepek, keropok, bar coklat serta ais krim.
  • Minuman bergula seperti minuman tenaga dan minuman bergas.
  • Daging merah atau produk proses yang berasaskan daging seperti burger dan sosej.


Kesemua produk daging terproses adalah perlu dielakkan. Pengambilan makanan berasaskan daging yang telah diproses dapat meningkatkan risiko kanser kolorektal.

Menikmati makanan adalah penting, namun jika anda mengambil makanan yang disenaraikan ini setiap hari, ianya akan lebih membawa keburukan daripada kebaikan, ini tidak bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan kegemaran anda namun kesemuanya harus diambil dalam kadar yang sedikit sahaja. jadikan makanan kegemaran anda ini makanan kadang-kadang dengan kuantiti yang sedikit sahaja, ia amat penting bagi menjaga tubuh anda daripada terkena serangan kanser kerana apabila kanser menyerang, hidup anda akan menjadi lebih sukar.

Kanser perlu dicegah seawal mungkin, kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.

Back to content