Penawar Kanser Semulajadi - Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Herba merupakan sebagaian daripada beberapa perkara yang kita guna dalam kehidupan seharian, hari ini ia telah menyaksikan peningkatan di seluruh dunia, terutamanya pada penggunaan perubatan tradisional dan sebagai rawatan pelengkap, kedua-duanya dikaji dan dibangunkan pada negara yang mempunyai kepakaran mengkaji sebatian aktif yang terdapat pada jenis-jenis herba. Penggunaan herba mempunyai kesan sampingan yang rendah, kira-kira 80% daripada populasi menunjukkan minat pada penggunaan herba, terutamanya ekstrak, bagi menjaga kesihatan mereka.

Keladi tikus, seperti tumbuhan herba lain, merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Araceae (Arum), ia tumbuh pada kawasan yang tidak terganggu, lembab dan teduh. Herba ini juga merupakan tumbuhan natif yang turut tumbuh di seluruh negara asia tenggara termasuk selatan India, Sri Langka, Burma serta Australia. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30cm dan mempunyai spadix berwarna kuning, daunnya berbentuk segi tiga dan ubinya bujur berwarna putih. Negara-negara asia tenggara termasuk India dan China menggunakan tumbuhan tradisional ini sebagai terapi kanser, ia berpotensi menyembuhkan kanser payudara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pankreas, serviks dan juga leukemia, selain itu ia juga mempunyai sifat antiradang, memiliki khasiat antivirus, detoksifikasi dan turut diguna bagi merawat batuk dan asma, selain itu ia dapat melegakan bengkak pada saluran pernafasan. Herba ini juga dapat merawat diabetes jenis 1 dan 2 secara signifikan.

Kandungan fito-kimia
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh UPM, terdapat beberapa komponen aktif yang terdapat pada herba besar ini, sejumlah pokok yang telah mencapai kematangan (1 hingga 6 bulan) telah terlibat di dalam pemerhatian ini. Hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa kandungan fitokimia utama seperti alkaloid dan flavonoid berada pada jumlah tertinggi pada herba yang berusia dari dua hingga empat bulan, dan jumlah ini mungkin akan bertambah semasa pokok menjalani proses berbunga dimana julatnya antara umur dua hingga lima bulan.


USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia. Jurnal lengkap klik di sini

Aktiviti anti-kanser
Menurut laporan dari Pusat Penyelidikan Dadah, Universiti Sains Malaysia bersama dengan Pusat Pengajian Sains Kimia, Kementerian Sains Teknologi menemui terdapat aktiviti anti-proliteratif pada sel paru-paru manusia, anti-proliteratif merupakan tindakan yang menghentikan sebarang pertumbuhan sel, dimana ekstrak keladi tikus digunakan dalam kajian ini. Beberapa pecahan heksana ekstrak keladi tikus didapati telah menghalang pertumbuhan saluran sel karsinoma (kanser) paru-paru dengan sangat ketara.

Penemuan ini telah membuka ruang bagi pesakit kanser memilih kaedah rawatan yang mampu meningkatkan lagi peluang mereka untuk sembuh, selain itu penggunaan herba keladi tikus ini tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk, jadi ianya sangat sesuai digunakan bagi pesakit dari tahap 1 hingga ke tahap 4, malah penggunaannya dilihat dapat membantu pesakit daripada kesan sampingan ubatan lain seperti hilang selera makan, kehilangan berat badan, keguguran rambu serta kurang bertenaga.

Back to content