Biji aprikot
Biji aprikot merupakan kekacang yang berada di tengah-tengah endokarp keras buah aprikot, ia memiliki kandungan amigdalin yang tinggi yang terkenal mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, penggunaannya dengan dos yang bersesuaian dapat meningkatkan sistem imun badan, mencegah tekanan, mengurangkan sakit radang dan mampu dijadikan rawatan bagi sesetengah penyakit kronik. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan terhadap biji aprikot bagi memahami keberkesanannya, terutama terhadap kanser serta bagaimana ia bertindak terhadap penyakit tersebut. Amigdalin tidak hanya terdapat pada biji aprikot sahaja, ianya turut ditemui secara semulajadi pada biji buah-buahan lain seperti ceri, epal, pir dan plum tetapi kandungan amigdalin pada biji aprikot adalah yang paling tinggi setakat ini.
Bagaimana B17 memerangi kanser?
Salah satu cara B17 memerangi kanser adalah dengan mematikan sel tersebut melalui kaedah yang dikenali sebagai apoptosis. Sianida, sejenis komponen kimia yang terhasil daripada pengambilan biji aprikot menjadi penyebab utama proses ini. Sel kanser kekurangan rhodanese, sejenis enzim yang melindungi sel-sel badan yang sihat daripada sianida, pada situasi normal, apabila sianida bersentuhan dengan sel normal, rhodanese akan menukarkan sianida kepada sebatian yang tidak merbahaya, oleh kerana sel barah kekurangan rhodanese, sianida ini dapat memasuki sel dan seterusnya menyebabkan proses apoptosis. Kajian mendapati bahawa B17 dapat menyebabkan apoptosis pada sel leukemia, sel prostat tertentu, sel barah mulut, payudara dan juga serviks. Pengambilan sianida mestilah mengikut dos yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kesan yang optimum.
Penggunaan vitamin B17 terutamanya bagi merawat kanser mempunyai tempoh masa yang berbeza bagi individu, ini mengambilkira jenis kanser, tahap (stage) serta gaya hidup yang diamalkan oleh pesakit. Kebanyakan daripada pengguna memerlukan satu tempoh masa yang panjang bagi mendapatkan kesan yang menyeluruh, biasanya antara 12 ke 18 bulan, penggunaannya pula perlulah secara berterusan bagi memastikan kesan rawatan yang ada sampai terus kepada sel. Penggunaan vitamin B17 juga dilihat menjadi pelengkap kepada rawatan sedia ada, terutamanya jika rawatan yang sedia ada mula menunjukkan kesan ketidakcekapan rawatan.
Bagi pesakit gout, selain dapat mengurangi rasa sakit, pengambilan kapsul TF Plus dengan dos 3 biji setiap hari dapat mengurangi paras asid urik di dalam darah sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat hospital. Penggunaan TF Plus secara berterusan dapat mengembalikan kadar asid urik ke tahap normal.

USM temui keladi tikus ubat kanser - Utusan Malaysia, arkib negara 17/8/1998. Kredit Universiti Sains Malaysia
Gabungan rawatan
Penggunaan herba keladi tikus di dalam merawat kanser sudah tidak asing lagi di Malaysia, kajian demi kajian serta kejayaannya di dalam membantu ramai pesakit termasuklah dari Brunei dan Singapura telah menjadikannya salah satu daripada tumbuhan herba yang mendapat perhatian dunia, ianya diguna untuk pelbagai tahap, bermula daripada peringkat awal sehinggalah kepada tahap yang tinggi, manakala peratusan mereka yang sembuh selepas menggunakannya telah mencecah sehingga 94% kejayaan. Hari ini herba ini tidak hanya digunakan di Malaysia malah ianya mula diterima di Brunei serta Singapura, kejayaan demi kejayaan telah direkodkan saban tahun menjadikannya salah satu daripada rawatan pelengkap utama yang dapat membantu, terutama bagi mereka yang sudah berada pada tahap lanjutan.
Keberkesanan
Herba keladi tikus yang digabungkan dengan biji aprikot bergred perubatan ini mempunyai kadar keberkesanan merawat yang amat tinggi terutamanya pada tahap lanjutan, ini kerana kedua-dua bahan semulajadi ini mengandungi enzim yang telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dengan cara rawatan terus ke dalam akar sel yang menyebabkan terjadinya proses apoptosis, kejayaan ini bukan hanya telah direkodkan oleh universiti luar negara malah terdapat kajian oleh UPM-MAKNA yang telah dianugerahkan geran oleh Kerajaan Malaysia, ini menunjukkan herba ini mempunyai kekuatan tersendiri di dalam merawat kanser sekaligus dapat diketengahkan sebagai salah satu daripada cara semulajadi yang mampu membantu mereka yang inginkan kesan rawatan berganda.