Keladi Tikus: Kajian Lengkap - Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, arkib negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia.



Keladi tikus: kajian lengkap
Keladi tikus merupakan tumbuhan terkemuka berasal daripada keluarga Aroid (Araceae) yang dapat ditemui di sekitar asia tenggara dan juga beberapa tempat di timur Australia, ia memiliki senyawaan Ribosome inactivating protein, sejenis protein aktif yang berupaya merawat beberapa jenis penyakit pada manusia seperti batuk, luka dalaman dan juga kanser. Tumbuhan tropika ini dapat ditemui pada habitat lembab dan tidak terkena sinaran matahari secara langsung. Di Malaysia, tanaman ini digunakan sebagai ubat semulajadi untuk merawat pelbagai jenis barah, termasuklah kanser perut, payudara dan juga leukemia.

Keupayaan yang dimilikinya adalah datang daripada sejenis bahan aktif semulajadi, Ribosome inactivating protein, yang pada asalnya merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi sebelum ianya dikenalpasti berupaya melawan sel kanser secara efektif, kehadiran beberapa komponen fitokimia lain seperti alkaloid dan flavonoid di dalam herba matang terutamanya, telah meningkatkan kemampuannya bagi merencatkan kanser tidak berjisim seperti leukemia. Antioksidan padanya dapat melindungi sel daripada kerosakan sel, kesan daripada radikal bebas.

Aktiviti antikanser
Dalam kajian yang telah dibuat di Pusat Penyelidikan Dadah, Universiti Sains Malaysia dan Pusat Pengajian Sains Kimia, Institut Farmasi dan Nutraseutikal Malaysia, Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi terhadap ekstrak keladi tikus telah menemui beberapa kesan apoptosis (kemusnahan sel) pada sel kanser paru-paru, pecahan daripada ekstrak ini juga bukan hanya kurang sitotoksik kepada sel normal (non-tumorgenik) malah mampu mendorong kemusnahan kepada sel-sel kanser pada skala yang memuaskan. Keupayaan inilah yang menyebabkan ianya sering dimasukkan kedalam ramuan penting di dalam pelbagai ubat herba dan disyorkan sebagai terapi barah berpotensi di Malaysia. Choo et al. telah menjalankan eksperimen bagi membuktikan aktiviti sitotoksik keladi tikus ini pada sel leukemia menggunakan kaedah ujian MTT dan mendapati kesemua ekstrak menunjukkan kesan antikanser terhadap sel CEM-ss (kanser paru-paru) manusia pada tahap yang sangat signifikan. Aktiviti seperti pengecutan sel serta pembebasan sitoplasma menunjukkan bahawa herba yang turut dikenali dengan nama Typhonium flagelliforme ini turut mempunyai kesan anti-leukemia yang sangat berharga selain memiliki ciri morfologi khas yang jarang dijumpai pada tumbuhan herba lain.
Keberkesanan
Selain memiliki kandungan anti kanser yang tinggi, herba keladi tikus ini juga turut memiliki tahap keberkesanan yang tinggi, terutamanya bagi pokok matang yang berumur 4 bulan keatas. Pendekatan kajian dengan menggunakan kaedah saintifik moden telah dijalankan terhadap tumbuhan ini dan beberapa artikel mengenainya telah diterbitkan dengan sejumlah besar bukti dikumpulkan bagi menunjukkan potensi ubat besar ini bagi kegunaan dalam pelbagai rawatan tradisional (Umamahesrawi dan Neviditha, 2007) selain potensi herba ini dalam bidang farmakologi (Daharnukal et al, 2000)

Genetik Typhonium yang dijumpai di Malaysia ini mula mendapat perhatian ahli farmakologi selepas dikesan mempunyai terapi barah yang efektif (Neoh,1992). Beberapa pecahan ekstrak heksana daripada akar tumbuhan ini pula didapati mampu mencegah hepato-carcinogenesis yang merupakan tumor hati jenis ganas (malignan). Sehingga kini, herba asli ini telah digunakan secara meluas di sekitar asia tenggara untuk leukemia, kanser kolon (perut), hati, serviks, paru-paru dan juga payudara.
Berasaskan sains perubatan
Pelbagai kajian telah dibuat bagi memperincikan lagi sifat bio-terapeutik yang ada pada herba utama ini, kaedah seperti morphologi, pengekstrakan dan teknik MTT (ujian mengukur perubahan warna) turut digunakan bagi mendapatkan bacaan yang tepat dan diyakini. Hasil keputusan yang diterima bukan sekadar untuk kegunaan di dalam makmal sahaja malah keseluruhannya telah diterbitkan dalam bentuk tesis serta jurnal bagi manfaat masyarakat keseluruhan. Penggunaan herba keladi tikus ini (khasnya bagi pokok matang) mempunyai kekuatan yang tersendiri, walaupun perlu digunakan dalam satu tempoh masa yang panjang terutamanya bagi rawatan namun dengan penggunaan yang konsistan ia mampu meresap jauh ke dalam tubuh sekaligus dapat melindungi organ normal lain daripada serangan baru dan juga ulangan. di Malaysia ianya telah dikapsulkan di bawah jenama STF dan juga TF Plus Aprikot di mana keseluruhan keluaran asli ini akan disertakan dengan buku rujukan untuk memudahkan pengguna membuat semakan.

Herba ini boleh digunakan seawal kanser itu dikesan, ianya boleh digunakan pada sebarang tahap. Lebih awal penggunaan, lebih cepat ianya dapat diatasi. Pengambilan yang disarankan adalah tiga biji pagi dan tiga biji petang sebelum atau selepas makan.

Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:

  • Tiada nombor KKM
  • Tiada pelekat KKM
  • Tiada buku panduan
  • Tanpa kotak
  • Tiada alamat pengeluar
  • Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.

Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan keluaran asli dan berdaftar melalui baner yang disediakan di bawah.


Back to content