Kanser pakreas merupakan kanser jenis ganas yang terbentuk pada tisu pankreas. Pankreas merupakan kelenjar berukuran sekitar 6 inci yang berbentuk seakan buah pir nipis. Pankreas memainkan peranan penting bagi kitaran pencernaan yang menghasilkan enzim yang diperlukan oleh tubuh bagi mencerna lemak, karbohidrat dan juga protein.
Pankreas menghasilkan dua hormon penting: glukon dan insulinm, dua hormon ini bertanggungjawab bagi mengawal metabolisma glukosa di dalam darah manakala insulin pula membantu metabolisma glukosa untuk menghasilkan tenaga sementara glukagon pula membantu meningkatkan kadar glukosa ketika ianya terlalu rendah di dalam darah. Kanser pankreas sukar dikesan pada peringkat awal disebabkan oleh masalah lokasi di mana ianya berada, apabila berjaya dikesan ia biasanya sudah mencapai tahap sudah merebak. Di Amerika Syarikat, barah pankreas menyumbang kepada 3% kematian disebabkan barah.
Punca
Terdapat dua punca utama kanser pankreas yang dikenal pasti oleh doktor, antaranya adalah peningkatan usia, faktor genetik, tabiat merokok, diabetes, keradangan kronik pankreas.

Ilustrasi kanser yang terbentuk pada pankreas dari jenis adenokarsinoma
Pembentukan
Pembentukan kanser pankreas terjadi dengan kadar yang perlahan, mutasi ini memberitahu sel-sel supaya tumbuh dengan kadar yang tidak terkawal dan terus hidup disaat sel normal biasanya mati. Sel ini terkumpul dan membentuk tumor, apabila tidak dirawat, sel pankreas ini mampu untuk merebak ke organ dan saluran darah berdekatan seterusnya akan merebak ke seluruh tubuh. Sebilangan besar kanser pankreas ini bermula pada sel yang melapisi saluran pankreas, jenis ini dikenali dengan nama adenokarsinoma pankreas atau barah eksorin pankreas.
Kanser pankreas: gejala
Kanser pankreas biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas sehingga mencapai tahap 3 atau 4, namun terdapat beberapa tanda yang dapat dijadikan amaran bagi menjalani pemeriksaan kesihatan rutin, antaranya adalah:
- Kehilangan selera makan yang mendadak.
- Penurunan berat badan tanpa sebab munasabah.
- Sakit perut, terutama pada bahagian belakang bawah badan.
- Penyakit kuning, terutama pada bahagian mata dan kulit.
- Kemurungan

USM temui keladi tikus ubat kanser, Utusan Malaysia, Arkib Negara 17/8/1998 Kredit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Tesis lengkap klik di sini
Tahap (staging)
Selepas seseorang pesakit disahkan mengidap kanser pankreas, doktor biasanya akan melakukan ujian tambahan bagi mengesan dengan lebih lanjut pertumbuhan kanser yang dialami. Penggunaan kaedah seperti teknik imbasan dan kaedah persempelan darah, melalui ujian ini doktor akan mengetahui tahap barah yang ada, seterusnya pakar onkologi akan menimbang kaedah yang bersesuaian untuk digunakan bagi merawat berdasarkan keputusan yang diperolehi. Antara pecahan tahap adalah:
- Tahap 1: Tumor atau barah hanya terdapat pada pankreas.
- Tahap 2: Tumor atau barah telah merebak ke tisu perut atau kelenjar getah bening yang berdekatan dengan pankreas.
- Tahap 3: Tumor atau barah telah merebak ke saluran darah utama dan kelenjar getah bening.
- Tahap 4: Tumor atau barah telah merebak ke organ lain seperti hati dan juga perut. Pada tahap 4 kanser pankreas mampu merebak sehingga ke tempat jauh seperti otak dan juga tulang.
Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.
Makluman
Bagi mendapatkan kesan yang paling optimum dan menyeluruh, kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian herba Keladi tikus yang terdapat pada STF Keladi Tikus dan TF Keladi Tikus Plus Biji Aprikot sahaja (keluaran asli mempunyai buku rujukan di dalam setiap kotak), dapatkan STF keluaran asli dan diiktiraf melalui baner di bawah atau klik di sini - STF keladi tikus (klik)