Kanser Malaysia | Mypenerangan

Berkat Herba Nusantara (Malaysia)
Pengeluar utama, kapsul keladi tikus asli
Malaysia, Whatsapp HQ: 010-9027915
Kapsul keladi Tikus Asli Malaysia
Pengeluar Utama,
Go to content
Kanser
Kanser adalah sejenis penyakit di mana sel tubuh tumbuh dalam keadaan yang tidak terkawal dan merebak ke bahagian tubuh yang lain. Kanser terdiri daripada gabungan trilliun sel dan boleh terjadi pada hampir seluruh bahagian di dalam tubuh. Secara amnya, sel-sel manusia tumbuh dan membiak dan terbentuk mengikut keperluan, apabila terdapat sel lama yang menjadi tua atau rosak dan mati maka sel yang baru akan dihasilkan, proses ini sangat teratur, namun berbeza dengan kanser, ianya terjadi apabila sel yang tidak normal tumbuh dan membiak tidak pada kadar yang tidak sepatutnya dan membentuk tumor atau ketumbuhan. Kebanyakkan daripada kanser mempunyai bentuk tumor pepejal namun pada kanser darah seperti leukemia pula, ianya berbeza.

Ketumbuhan secara umumnya terbahagi kepada dua jenis, ada yang ganas dan ada juga yang jinak. Tumor jinak tidak akan menjangkiti organ atau kawasan lain, dan apabila dikeluarkan ia biasanya tidak akan tumbuh kembali, namun tumor jinak ini tetap mampu mengancam nyawa jika ianya tumbuh pada kawasan otak.

Perbezaan sel normal dan sel kanser
Terdapat beberapa perbezaan diantara sel normal dan sel kanser, antaranya adalah:

  • Sel normal akan tumbuh berdasarkan isyarat yang dikeluarkan oleh tubuh namun sel kanser akan tumbuh dan membesar tanpa sebarang isyarat daripada tubuh.
  • Sel kanser biasanya akan mengabaikan isyarat untuk berhenti membesar.
  • Sel kanser biasanya akan menyerang organ berdekatan dengannya selain merebak ke kawasan yang lain yang jauh ke dalam badan, berbeza dengan sel normal yang tidak akan merebak ke kawasan lain.
  • Sel kanser mampu menarik saluran darah kearahnya, ini akan membekalkan tumor dengan makanan, oksigen dan nutrien yang diperlukan disamping menjadi saluran bagi produk buangan daripada tumor.
  • Sel kanser mampu menyamar sebagai sel sihat dan bersembunyi daripada sistem imunisasi badan.
  • Sel kanser mampu menghasilkan tenaga daripada nutrien yang diterima daripada saluran darah yang dicipta, kelebihan ini membolehkan ianya tumbuh dengan lebih cepat.


Contoh gambarajah sebenar sel kanser paru-paru manusia yang dibesarkan di bawah mikroskop.

Jenis genetik penyebab kanser
Mengikut kajian, sehingga kini terdapat tiga jenis genetik yang turut dikenali dengan pemancu kanser, iaitu:

  • Proto-onkogen - Sejenis gen yang terlibat dalam pertumbuhan dan pembahagian sel normal, apabila ianya diubah dengan cara tertentu atau menjadi lebih aktif daripada biasa, ianya boleh manjadi gen penyebab barah (atau onkogen).
  • Gen penekan tumor -  Bertindak sebagai pengawal pertumbuhan dan pembahagian sel, ianya menjadi salah satu daripada penyebab utama tumor boleh membahagi secara tidak terkawal.
  • Gen pembaikan DNA - terlibat dalan memperbaiki DNA yang rosak. Gen ini mampu menghapus kromosom seterusnya cenderung mengembangkan mutasi pada gen lain yang boleh menyebabkan terjadinya barah.

Metastasis
Metastasis merupakan istilah yang digunakan kepada kanser yang telah merebak dan menjangkiti bahagian atau organ lain di dalam badan, dan kanser tersebut biasanya sudah berada pada tahap 4. Semasa proses metastasis, sel barah ini akan berpecah dari tumor utama (primer) dan akan bergerak melalui sistem darah atau limfa (kelenjar) seterusnya akan membentuk tumor baru pada bahagian lain di dalam badan. Kanser yang telah merebak ini dikenali sebagai barah metastatik. Kanser metastatik mempunyai nama yang sama dengan barah asal, sebagai contoh jika barah yang asalnya daripada payudara menjangkiti paru-paru, ianya dikenali dengan nama kanser payudara metastatik dan bukanlah kanser paru-paru.

Di bawah mikroskop, sel-sel kanser metastatik secara umumnya sama dengan sel kanser yang asal, terutamanya pada ciri molekul dan kromosom yang tertentu. Tumor metastatik boleh menyebabkan kerosakan teruk pada fungsi tubuh dan kebanyakan daripada pesakit akan meninggal dunia disebabkan oleh barah yang merebak (metastatik) dan bukan disebabkan barah utama (primer).

Rawatan
Terdapat empat kaedah utama yang biasanya digunakan bagi merawat barah, antaranya adalah:

  • Pembedahan - merupakan kaedah utama, digunakan bagi membuang tumor atau ketumbuhan secara terus.
  • Kimoterapi - menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel barah.
  • Terapi radiasi - menggunakan sinar-X untuk membunuh sel barah.
  • Ubat - menggunakan ubat-ubatan khas yang dicipta untuk merawat barah, yang terdiri daripada ubat kimia dan juga semulajadi.


Keladi tikus ubat kanser - Utusan Malaysia, arkib negara 17/8/1998 Kredit: Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Keladi tikus ubat kanser
Ditemui sekitar 1980an dan dipopularkan pada akhir tahun 90an, herba keladi tikus merupakan sejenis tumbuhan semak yang tumbuh secara liar di sekitar kawasan berpaya dan lembab, berketinggian sekitar 10 inci, tumbuhan jenis semak ini memiliki khasiat merawat kanser yang amat efektif, senyawaan aktif yang dikenali dengan nama ribonsome inactivating protein yang terdapat padanya memainkan peranan penting bagi proses ini. Dikaji dan dikembangkan oleh Prof K.H Teo daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, penggunaan herba ini semakin hari semakin berkembang, dan kajian mengenainya kini dikembangkan ke Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MAKNA, dan seterusnya ke luar negara, antara universiti yang membuat kajian mengenainya adalah Universiti Gadjah Mada, Indonesia. Penggunaan herba ini di dalam merawat kanser amat signifikan, dan beberapa siri kejayaan juga telah direkodkan, ini menunjukan selain daripada perubatan biasa, penggunaan herba juga mampu memberikan kesan rawatan yang berkesan, terutamanya apabila rawatan biasa mula menunjukkan kegagalan rawatan.

Keupayaan
Penggunaan herba keladi tikus di dalam merawat kanser mempunyai kadar keberkesanan yang sangat tinggi, ini termasuklah kanser yang sudah berada pada tahap 4. Kandungan anti kanser yang tinggi, terutamanya pada keladi tikus asli dapat membantu mengecutkan sekaligus merencatkan pertumbuhan sel tersebut. Antara kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia mendapati, selain ribosome inactivating protein, kandungan anti-oksidan seperti flavonid dan alkaloid amat membantu merawat dan menghalang serangan ulangan. Ribosome inactivating protein yang terdapat pada pokok keladi tikus merupakan sejenis mekanisma pertahanan semulajadi daripada serangan pemangsa, namun apabila diamalkan oleh manusia, ia mempunyai kelebihan bagi merawat pelbagai jenis barah. Kajian ini dibuat oleh Universiti San Rafael, Milan, Itali.


Keladi tikus ubat kanser - Kajian lengkap daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia,

Anti Tumor
Ribosome inactivating protein mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria, ia juga mempunyai kemampuan untuk meresap jauh kedalam tubuh manusia melalui saluran darah. Ribosome inactivating protein (RIP) mempunyai 2 jenis iaitu jenis I dan jenis II, RIP jenis II biasanya banyak dijumpai pada jagung dan juga barli, selain itu ia juga boleh ditemui pada bakteria, kulat dan bahkan pada dua jenis spesis nyamuk. Pada sedekat yang lalu, RIP jenis I menjadi tumpuan para penyelidik kerana ia mempunyai potensi tinggi bagi merawat kanser, ia menunjukan kadar ketoksikan yang kuat terhadap sel kanser disamping mempunyai tahap toksik yang rendah pada sel normal, selain itu ia juga mampu menghalang pertumbuhan tumor melalui kaedah apoptosis. Senyawaan ini biasanya diguna dalam perkembangan imunotoksin, sejenis toksin sasaran yang digunakan untuk merawat barah. Penggunaan imunotoksin berasaskan ribosome inactivating protein (RIP) daripada tumbuh-tumbuhan di dalam merawat kanser telah di lakukan oleh Paul Ehrlich pada awal abad ke 19, ia mensasarkan serangan terus kepada sel yang terjejas.

Keberkesanan terbukti
RIP mempunyai tahap keupayaan yang sangat tinggi untuk menembusi sitosol (cytosol - bahagian dalam sel) sel kanser dan seterusnya menyebabkan kematian sel tersebut, walaubagaimana pun toksin ini harus disasarkan sepenuhnya terhadap sel kanser bagi memastikan ianya benar-benar dapat mematikan sel tersebut, penggunaan dalam tempoh yang panjang pula diperlukan jika ianya merangkumi kawasan yang besar seperti keseluruhan badan. Sejak tahun 1970-an, sebanyak 450 kaedah eksperimen imunotoksin berasaskan RIP telah direkodkan, dan perkembangan ini adalah daripada rantaian RIP jenis I dan II, kesemua kajian ini menunjukkan potensi dan kadar kestabilan yang tinggi di dalam merawat barah. STF kapsul  keladi tikus premium mempunyai kandungan RIP yang tinggi, ianya mampu merawat terus ke dalam akar sel disamping menghalang serangan baru dan juga ulangan.

Secara umumnya, semakin awal barah itu dirawat, semakin tinggi peluang pesakit untuk sembuh. Kawal pemakanan dan amalkan ubat yang mengandungi khasiat anti kanser mampu meningkatkan lagi peluang untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada penyakit yang membunuh ini. Semakin lambat tindakan diambil akan menyebabkan semakin jauh sel kanser boleh merebak, dan apabila sudah mencapai tahap ini, sudah tidak banyak yang boleh diusahakan lagi.



Makluman
Kami di Berkat Herba Nusantara hanya menjamin keaslian keladi tikus yang ada pada STF dan TF Plus sahaja, kami tidak dapat menjamin keaslian yang ada pada keluaran lain, terutamanya keluaran yang:

  • Tiada nombor KKM
  • Tiada pelekat KKM
  • Tiada buku panduan
  • Tanpa kotak
  • Tiada alamat pengeluar
  • Biasanya dijual dengan harga yang sangat murah bagi menarik minat pembeli.

Oleh itu sebarang bentuk risiko serta kesan sampingan hasil daripada penggunaan produk lain adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Dapatkan stok asli melalui baner di bawah.

Back to content